Posts

Showing posts from November, 2012

a house that i built.

years ago, i built this house. the wall were made of stones. the roof were the arrangement of the finest slates, supported by the wooden pillars from the oldest forest. it was a place i called home, it was a place where i felt sound and safe. on the backyard, i planted a tree of the finest seed. that gave fruits throughout the years. that fed through the thin and thick. it was all for me. for you. but. it is shaken by the wind. blown up by the gust that hit so bad. it nearly disappeared. from me. from you. but. this is still a place i called home. this is still a place i felt sound and safe. so i will stay. until the time comes when everything turn to dust.  
Image
salam alaikum. perihal daun getah lagi. asalnya saya adalah orang tanah, hidup pernah ber'ubi', ber'lembu', be'kambing', ber'ayam'. hidup pernah langsung tidak mengenal teknologi kecuali tv dan radio. belakang rumah ditanam lebih kurang 80 pokok getah, masih muda. itu emak yang berhajat, sumber rezeki bila dah tua katanya. kebun getahnya kecil saja tapi saujana lagaknya. lantainya bersih, tiada lalang yang diberi peluang tumbuh oleh emak. lantainya penuh lekuk2 kaki, tempat cucu-cucunya bermain bola, lantainya penuh lekuk2 kaki, tempat kambing meragut rezekinya. bumbungnya pula redup saja, hanya sedikit lopong untuk cahaya mentari. kata orang. bila hilang, pulanglah ke pangkal jalan. itu yang mahu saya lakukan. mahu pulang. saat buntu mencari jawaban. mahu pulang dan duduk2 melihat kebun getah. ada keringanan di situ yg sukar dihuraikan.
salam alaikum tiba2 sekarang, jasad mahu saja kaku dan berdiam, duduk menghayun kaki atas teratak belakang rumah, menjeling matahari di balik2 rimas daun getah, panas tapi tenang. tiba2 sekarang, mahu ditarik segala kisah, mahu mencari di mana silap, mahu membenam yang mana benci, mahu mensyukuri yang mana dinikmati, mahu mahu mengikat mana yang longgar, ketat dan kemas, untuk sekarang punya hadapan. kerana. tiba2 sekarang, tali itu longgar lagi. nyawa ini nafasnya kebingungan, roh ini helanya kekaburan. otak pula membilang  "aku ini cerah dalam kesamaran atau kabur dalam pencarian?" tiba2 sekarang.  kita mengarap bantuan dari langit. semata.
bismillah. pada ruang , dan isinya kita. pada masa, dan hambat nya kita, pada udara, dan nafasnya kita, pada segala, nikmat rasanya kita. mana silap agaknya, lurus itu kita bengkokkan, mana tegaknya, pasak itu kita longgarkan, mana dakinya , jernih itu kita keruhkan, mana dakwatnya, putih itu kita hitamkan. soalannya mudah. atas dasar apa kita putuskan? entahlah...