Posts

Showing posts from February, 2012

kebekuan.

assalamualaikum. sungguh tidak saya menjangkakan suatu masa saya akan berada dalam keberadaan sebegini. pada suhu musim sejuk yang bakal mencecah -35C hingga memaksa pihak universiti mengisytihar cuti 2 hari. bagaimana mahu gambarkan kesejukan ini agaknya. pada suhu -28c pagi tadi pun, rasa seakan2 angin yang lagaknya bertiup lembut, namun menggigit liang2 roma hingga menjamah tulang sumsum. walhal mentari terang benderang di puncak langit, namun habanya habis dimamah dingin kemuncak musim sejuk. dan salji yang setebal lutut itu sekalipun seakan-akan langsung tidak mahu berganjak walau seinci. stokin berlapis, badan berbalut kemas, dari hujung rambut ke hujung kaki, yang tinggal hanya mata dan hidung untuk bernafas. subhanallah, siapa mampu menjangkau kuasa sang Rabb. lagi dalam perjalanan ke Antituberculotis Dispenser tengah hari tadi, dari kejauhan dalam bas, kelihatan 3 org polis seakan2 menguruskan sekujur badan (lagaknya seperti mayat) di tepi jalan.saya tidak pasti, tapi yang ter